Sunday, 31 March 2013

15 CARA BUAT KAMU RAJIN :-



 (magazine)   E-BACA   (Februari 2013)

Motivated   TOPIC !  

15 CARA  BUAT KAMU RAJIN :-
1.       NIAT  (INTENTION)
 mesti membetulkan niat untuk menuntut ilmu .
 
2.       AZAM
Setiap hari sebelum tidur azamkan dalam hati “ aku nak ke sekolah esok dan belajar bersungguh-sungguh, apa yang cikgu ajar aku akan ingat” 
3.       PERANCANGAN
Buat jadual waktu harian yang ada masa belajar, solat, kemas bilik, tolong  ibu, bersukan dan lain bermain 
4.       IDOLA
Jadikan seseorang yang cemerlang sebagai idola kamu contohnya kak Nik Nur Madihah yang mendapat 20 A dalam SPM
5.       BERDOA
Selepas berusaha kita hendaklah berdoa kepada Allah agar diberikan kecemerlangan  
6.       RESTU IBU BAPA
Patuhi perintah dan nasihat ibu bapa.Jangan derhaka kerana ilmu adalah cahaya.Cahaya tidak akan masuk kepada orang yang melakukan dosa. Sering memohon ampun kepada ibu bapa   

7.       KAWAN
Jika kamu berkawan dengan orang yang rajin maka kamu juga akan rajin dan sebaliknya   

8.       MUHASABAH DIRI
Fikirkan sejenak tentang perlakuan anda  pada waktu-waktu lepas adakan sering melakukan kesalahan ? Anda perlu tahu membezakan perkara baik dan buruk   

9.       SENARAIKAN
Senaraikan sifat-sifat malas (yang mungkin ada pada diri kamu) dan ketepikan kelemahan itu
10.   MOMENTUM RAJIN
Bukan mudah mengekalkan sifat rajin sentiasa. Jika sifat rajin anda merosot cuba rehatkan diri dan bertenang . Mungkin anda perlu kan rehat untuk kembalibersemangat
11.   HADIAH
Bayangkan jika anda mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan dan mendapat  hadiah dan ganjaran dari pelbagai pihak.bestkan !

12.   TAMPAL UCAPAN MOTIVASI
Tampalkan kata-kata motivasi di dinding bilik kamu.(bukan foto artis2 TOPS !!) 

13.   JAUHI GANGGUAN
Jika kamu ingin belajar jauhi gangguan seperti tv, radio , internet dan lain-lain  

14.   SUASANA
Pilih tempat yang kamu suka belajar. Contohnya di taman atau perpustakaan  


15.   KESIHATAN
Jaga pemakanan (jauhi makanan manis dan berlemak) yang akan membuat kamu gemuk dan mengantuk (malas) ........

No comments:

Post a Comment